PENGENALAN
Unit Polis Bantuan diketuai oleh Pegawai Keselamatan dengan dibantu oleh 1 orang Pembantu Keselamatan, manakala Staf sokongan di Pejabat Keselamatan adalah seperti berikut :
• Empat(4) orang Ketua Pengawal (KP 14)
• Sepuluh (10) orang Pengawal ( KP 11)
Kesemua empat belas (14 ) orang staf sokongan ini merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Polis Bantuan UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.
FALSAFAH
UNIT POLIS BANTUAN KAMPUS PUNCAK PERDANA MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:
Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
UNIT POLIS BANTUAN BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:
Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI
UNIT POLIS BANTUAN BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan.
OBJEKTIF UNIT POLIS BANTUAN KAMPUS PUNCAK PERDANA
- Memastikan anggota polis bantuan yang bersiap siaga dan kompeten.
- Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
- Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.
PIAGAM PELANGGAN
• Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan:
• Membuat kawalan keselamatan kampus 24 jam sehari.
• Menjalankan rondaan keselamatan 3 syif setiap hari.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan universiti untuk mengurangkan salahlaku warga kampus dan orang awam di dalam kampus.
• Menyediakan laporan kes keselamatan dalaman dalam tempoh 7 hari bekerja.
• Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif;
• Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.
• Menyiapkan papan tanda sementara sehari sebelum aktiviti.
• Mengambil tindakan(respon) terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 10 minit; dan
• Menyelesaikan perkhidmatan kuanter dalam masa kurang 15 minit.