Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004. Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) & Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA).

Pengurusan kolej ini telah diletakkan dibawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Selangor yang di ketuai oleh seorang Timbalan Rektor HEP.

Kolej ini berkapasiti menampung seramai 2870 pelajar iaitu pelajar siswi ditempatkan di blok J2, J3, J4 dan Halaman A, B, C blok J5 manakala pelajar siswa ditempatkan di blok J1 dan halaman D Blok J5.

PETA LOKASI KOLEJ KEDIAMAN JASMINE :

 

Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam. Ia merupakan kawasan kedamaian penempatan baru bagi Shah Alam dimana dikelilingi taman perumahan, bukit-bukau, tasik-tasik dan hutan-hutan dan belukar yang sungguh indah. Antara taman perumahan baru yang mengelilinginya ialah Cahaya SPK, Alam Budiman, Sandaran Permai, Nusa Ru, Puncak Perdana Heights, Alam Suria dan Kayangan Heights. Ia juga berjiran dengan Apartment Resak.

 

Unit Pengurusan Kolej Jasmine

Blok J5,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor,

Kampus Puncak Perdana

Jalan Pulau Indah Au10/A, Puncak Perdana,

40150 Shah Alam, Selangor

 

WAKTU OPERASI :

 

Isnin – Khamis

:

8:00 pagi – 1:00 tengah hari

2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :

 

:

8:00 pagi – 12:15 tengah hari

2:45 petang – 5:00 petang

Sabtu & Ahad

:

Cuti Am

 

 

LOGO KOLEJ KEDIAMAN JASMINE :

 

VISI

Menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha – usaha pembangunan pelajar.

MISI

Mewujudkan graduan yang berperibadi murni. Mempunyai jati diri, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.

MOTTO

Harmoni

OBJEKTIF

Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan selamat setara dengan perkembangan universiti.

  1. Menaiktaraf keperluan asas dan fizikal untuk menwujudkan suasana penempatan yang selesa.
  2. Mewujudkan staf yang berkemahiran untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar.
  3. Menjadikan kolej kediaman sebagai aset yang menyumbang kepada pendapatan universiti.
  4. Mewujudkan kolej yang mempunyai imej dan beridentiti pelajar.
  5. Meningkatkan imej kemudahan penempatan sehingga keperingkat antarabangsa.

 

PERKHIDMATAN

Bagi mencapai misi, visi dan objektif kualitinya, pihak Pengurusan Kolej Kediaman Jasmine menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut:

  • Pengurusan pelajar yang merangkumi  pendaftaran dan agihan penempatan pelajar dan rayuan penempatan kolej
  • Pengendalian bayaran yuran-yuran
  • Pendaftaran,  penguatkuasaan dan pemantauan penggunaan barangan elektrik
  • Pengecualian bayaran kolej
  • Insentif makan ( pelajar diploma sahaja )
  • Penempatan pelajar kurang upaya (OKU)
  • Pengurusan tatatertib kolej termasuk pengendalian saman, pengendalian kompaun dan perbicaraan tatatertib
  • Pengurusan kenderaan pelajar (yang layak sahaja)
  • Pengurusan segala kemudahan kolej
  • Pengurusan NR https://ucs.uitm.edu.my/images/stories/word/2020%20DIREKTORI%20RUMAH%20SEWA%20SESI%20MAC-SEPT_2020.xls

KEMUDAHAN

Kolej Kediaman Jasmine menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyediakan sebuah penempatan yang selesa dan selamat kepada semua penghuninya. Antara kemudahan tersebut ialah:

 

·         kemudahan peralatan sukan

·         kemudahan peralatan kebudayaan

·         bilik bacaan

·         bilik mesyuarat

·         dewan seminar

·         gimnasium

·         dewan serbaguna

·         kafeteria

·         bilik rekreasi

·         ruang dobi layan diri berbayar

.         rumah tamu

·         ruang televisyen

·         kedai fotostat

·         kedai serbaneka

·         surau

·         gazebo

·         tandas awam

·         gelanggang sepak takraw/ bola

          keranjang/ badminton

·         mesin layan diri (vending machine)

·         kemudahan basikal

 

CARTA ORGANISASI :

Kolej Pengurusan Kolej Jasmine mempunyai 3 sub-unit dengan kekuatan 36 anggota yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar. Sub-unit ini bertindak bagi melancarkan proses dan aktiviti-aktiviti di kawasan kolej. berikut ialah carta organisasi untuk setiap sub-unit di bawah Pengurusan Kolej Jasmine UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.

Unit Pengurusan Kolej (UPK) adalah unit yang bertanggungjawab menjaga masaalah warga kolej berkaitan perkhidmatan di sebelah siang dari jam 8 pagi sehingga 5 petang (waktu pejabat).

 

 

STAF RESIDENT KOLEJ ( SRK )

Staf Residen Kolej (SRK) adalah staf yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab kolej diluar tugas hakiki mereka. SRK bertindak sebagai pegawai HEP untuk menjaga sahsiah rupa diri, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang menghuni kolej kediaman.

 

JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN JASMINE ( JPK )

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej (JPK) ialah pelajar-pelajar yang telah dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk menjadi wakil perhubungan di antara pengurusan kolej dan pelajar. JPK juga bertanggungjawab merancang aktivit-aktiviti untuk mengimarahkan kawasan kolej.

 

 GALERI KOLEJ JASMINE

CAPAI KAMI :

Telefon: 03-7962 2357

Instagram: https://www.instagram.com/jpkpp/

Twitter: https://twitter.com/jpkjasmine?lang=en

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Rujukan

Kolej kediaman universiti Shah Alam. (2011). Manual Pengurusan Perkhidmatan Kolej Kediaman Pelajar Universiti Teknologi MARA Edisi Pertama. Percetakan UiTM.