PENGENALAN


Unit Polis Bantuan yang sebelum ini di kenali sebagai Bahagian Keselamatan telah memulakan operasi di Kampus puncak perdana pada Bulan April Tahun 2004.

Pada tahun 2011 Bahagian Keselamatan telah di naik taraf ke Polis Bantuan dan menjadi Pelopor Polis Bantuan Universiti yang pertama di Malaysia.

VISI 

Bahagian Keselamatan sebagai pusat Pengurusan Keselamatan Universiti yang cemerlang berteraskan penggunaan teknologi bagi menyokong dan mendorong ke arah mencapai visi universiti.

MISI 


Memberi perkhidmatan yang profesional, berintegriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera demi menjaga imej universiti.

DASAR KUALITI 

Melaksanakan sistem Keselamatan secara profesional, cekap dan berkesan serta bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti Untuk Semua, Akauntabiliti Bersama sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan. 

OBJEKTIF KUALITI 

• Memastikan anggota keselamatan yang siapsiaga dan   kompeten.
• Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif; dan
• Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.

3. PIAGAM PELANGGAN

• Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan:
• Membuat kawalan keselamatan kampus 24 jam sehari.
• Menjalankan rondaan keselamatan 3 syif setiap hari.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan universiti untuk  mengurangkan salahlaku warga kampus dan orang awam di dalam kampus.
• Menyediakan laporan kes keselamatan dalaman dalam tempoh 7 hari bekerja.
• Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif; dan 
• Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.
• Menyiapkan papan tanda sementara sehari sebelum aktiviti.
• Mengambil tindakan(respon) terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 10 minit; dan 
• Menyelesaikan perkhidmatan kuanter dalam masa kurang 15 minit.