Logo PolisLOGO PB UiTM

 

PENGENALAN

Unit Polis Bantuan diketuai oleh Pegawai Keselamatan dengan dibantu oleh 1 orang Pembantu Keselamatan, manakala Staf sokongan di Pejabat Keselamatan adalah seperti berikut : 
• Empat(4) orang Ketua Pengawal (KP 14)
• Sepuluh (10)  orang Pengawal ( KP 11)
Kesemua empat belas (14 ) orang staf sokongan ini  merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Polis Bantuan  UiTM Cawangan Selangor Kampus  Puncak Perdana.

 

FALSAFAH

UNIT POLIS BANTUAN KAMPUS PUNCAK PERDANA MENDUKUNG FALSAFAH UiTM, IAITU:

Kepercayaan bahawa individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara.

 

VISI, MISI & OBJEKTIF

 

VISI

UNIT POLIS BANTUAN BERWAWASAN MEREALISASI VISI UiTM UNTUK:

Menjadikan UiTM sebuah universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamesime bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

UNIT POLIS BANTUAN BERILTIZAM MENYEMPURNAKAN MISI UiTM UNTUK:

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan keprofesionalan.

OBJEKTIF UNIT POLIS BANTUAN KAMPUS PUNCAK PERDANA

  • Memastikan anggota polis bantuan yang bersiap siaga dan kompeten.
  • Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif.
  • Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.

 

 PIAGAM PELANGGAN

• Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan:
• Membuat kawalan keselamatan kampus 24 jam sehari.
• Menjalankan rondaan keselamatan 3 syif setiap hari.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan universiti untuk  mengurangkan salahlaku warga kampus dan orang awam di dalam kampus.
• Menyediakan laporan kes keselamatan dalaman dalam tempoh 7 hari bekerja.
• Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan.
• Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara berhemah dan proaktif; 
• Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.
• Menyiapkan papan tanda sementara sehari sebelum aktiviti.
• Mengambil tindakan(respon) terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh kurang 10 minit; dan 
• Menyelesaikan perkhidmatan kuanter dalam masa kurang 15 minit.

Unit Teknologi Maklumat diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

VISI - Merealisasikan visi UiTM melalui penyediaan perkhidmatan ICT yang menyeluruh dan berkualiti.

MISI -Mempertingkatkan pengurusan infrastruktur & infostruktur UiTM dengan teknologi ICT terkini agar mencapai kecemerlangan Universiti

 

1 . Mazli Bin Moin Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan 60 3 79622061
2 . Aznor Zamhuri Adli Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 60 3 79622061

Staf Pejabat Rektorat

Noorazidah Binti Zakaria - Kerani     Tel : 03-7962 2341

 Harina Mohd Nasir - Pegawai Khidmat Pelanggan  Tel :03-7962 2000

 

Nor Tazada Binti Nordin - Pegawai Khidmat Pelanggan  Tel : 03-7962 2000

istal

Istal Irsadi Bin Mohd Zain Pembantu Operasi 03-7962 2341

LOKASI

BEROPERASI DI BANGUNAN KOLEJ JASMINE : LAMAN A BLOK 4 – TINGKAT BAWAH

 

SEJARAH UNIT KESIHATAN PUNCAK PERDANA

2006 - Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam membuka klinik bergerak sebanyak 2 kali seminggu untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar kampus.

2007- Klinik Kesihatan Puncak Perdana dibuka sepenuh masa dengan hanya 2 orang staf iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat.

Jan 2008 - Seorang Pegawai Perubatan dilantik untuk mengetuai unit dan menjalankan urusan pentadbiran klinik

Julai 2009 - Kampus UiTM Puncak Alam mula dibuka dan pentadbiran Kampus Puncak Perdana diletakkan dibawahnya.

Mei 2010 - Semua staf Unit Kesihatan Puncak Perdana menerima secara rasmi surat pertukaran tempat bertugas dari Pusat Kesihatan Shah Alam ke UiTM Cawangan Selangor

 Oktober 2020 - Klinik Kesihatan UiTM Kampus Puncak Perdana beroperasi sepenuhnya dengan kapasiti staf seramai 7 orang staf yang terdiri daripada :-                       

                                                                                                                  1 Pegawai Perubatan 

                                                                                                                  1 Penolong Pegawai Perubatan

                                                                                                                  2 Jururawat

                                                                                                                 1 Pembantu Perawatan Kesihatan

                                                                                                                 1 Pembantu Operasi

                                                                                                                 1 Pemandu Ambulan

 

 

WAKTU PERKHIDMATAN OPERASI KLINIK

 
 

Klinik Rawatan Pesakit Luar 

(pendaftaran ditutup 15 minit sebelum waktu operasi klinik berakhir)

       Isnin – Khamis             :       8.00 am ~ 5.00 pm

       Jumaat                          :       8.00 am ~ 12.15 pm

                                             :       2.45 pm ~ 5.00 pm

       Sabtu / Ahad / Hari Kelepasan Am           :         TUTUP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Rawatan kecemasan

Perkhidmatan Pesakit Luar

Perkhidmatan  Ambulan

Kemudahan bilik rawatan sakit sementara

Khidmat pinjaman Peti Kecemasan

Khidmat 'standby perubatan' untuk sukan dan lain-lain aktiviti pelajar.

Kemudahan makmal perubatan

Khidmat nasihat dan kaunseling

Perkhidmatan pemeriksaan perubatan

 

TALIAN AM KLINIK :

PERKHIDMATAN KAUNTER :  603 79622344

TALIAN FAX                          : 603 79622160

 

KLINIK PERGIGIAN JASMINE PERDANA

DI BAWAH KENDALIAN FAKULTI PERGIGIAN UiTM

TALIAN TELEFON: 603 7962 2400

 

 

 

Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004. Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) & Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA).

Pengurusan kolej ini telah diletakkan dibawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Selangor yang di ketuai oleh seorang Timbalan Rektor HEP.

Kolej ini berkapasiti menampung seramai 2870 pelajar iaitu pelajar siswi ditempatkan di blok J2, J3, J4 dan Halaman A, B, C blok J5 manakala pelajar siswa ditempatkan di blok J1 dan halaman D Blok J5.

PETA LOKASI KOLEJ KEDIAMAN JASMINE :

 

Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam. Ia merupakan kawasan kedamaian penempatan baru bagi Shah Alam dimana dikelilingi taman perumahan, bukit-bukau, tasik-tasik dan hutan-hutan dan belukar yang sungguh indah. Antara taman perumahan baru yang mengelilinginya ialah Cahaya SPK, Alam Budiman, Sandaran Permai, Nusa Ru, Puncak Perdana Heights, Alam Suria dan Kayangan Heights. Ia juga berjiran dengan Apartment Resak.

 

Unit Pengurusan Kolej Jasmine

Blok J5,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor,

Kampus Puncak Perdana

Jalan Pulau Indah Au10/A, Puncak Perdana,

40150 Shah Alam, Selangor

 

WAKTU OPERASI :

 

Isnin – Khamis

:

8:00 pagi – 1:00 tengah hari

2:00 petang - 5:00 petang

Jumaat :

 

:

8:00 pagi – 12:15 tengah hari

2:45 petang – 5:00 petang

Sabtu & Ahad

:

Cuti Am

 

 

LOGO KOLEJ KEDIAMAN JASMINE :

 

VISI

Menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha – usaha pembangunan pelajar.

MISI

Mewujudkan graduan yang berperibadi murni. Mempunyai jati diri, bertanggungjawab, bertaqwa dan berdaya saing.

MOTTO

Harmoni

OBJEKTIF

Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan selamat setara dengan perkembangan universiti.

  1. Menaiktaraf keperluan asas dan fizikal untuk menwujudkan suasana penempatan yang selesa.
  2. Mewujudkan staf yang berkemahiran untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar.
  3. Menjadikan kolej kediaman sebagai aset yang menyumbang kepada pendapatan universiti.
  4. Mewujudkan kolej yang mempunyai imej dan beridentiti pelajar.
  5. Meningkatkan imej kemudahan penempatan sehingga keperingkat antarabangsa.

 

PERKHIDMATAN

Bagi mencapai misi, visi dan objektif kualitinya, pihak Pengurusan Kolej Kediaman Jasmine menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut:

  • Pengurusan pelajar yang merangkumi  pendaftaran dan agihan penempatan pelajar dan rayuan penempatan kolej
  • Pengendalian bayaran yuran-yuran
  • Pendaftaran,  penguatkuasaan dan pemantauan penggunaan barangan elektrik
  • Pengecualian bayaran kolej
  • Insentif makan ( pelajar diploma sahaja )
  • Penempatan pelajar kurang upaya (OKU)
  • Pengurusan tatatertib kolej termasuk pengendalian saman, pengendalian kompaun dan perbicaraan tatatertib
  • Pengurusan kenderaan pelajar (yang layak sahaja)
  • Pengurusan segala kemudahan kolej
  • Pengurusan NR https://ucs.uitm.edu.my/images/stories/word/2020%20DIREKTORI%20RUMAH%20SEWA%20SESI%20MAC-SEPT_2020.xls

KEMUDAHAN

Kolej Kediaman Jasmine menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyediakan sebuah penempatan yang selesa dan selamat kepada semua penghuninya. Antara kemudahan tersebut ialah:

 

·         kemudahan peralatan sukan

·         kemudahan peralatan kebudayaan

·         bilik bacaan

·         bilik mesyuarat

·         dewan seminar

·         gimnasium

·         dewan serbaguna

·         kafeteria

·         bilik rekreasi

·         ruang dobi layan diri berbayar

.         rumah tamu

·         ruang televisyen

·         kedai fotostat

·         kedai serbaneka

·         surau

·         gazebo

·         tandas awam

·         gelanggang sepak takraw/ bola

          keranjang/ badminton

·         mesin layan diri (vending machine)

·         kemudahan basikal

 

CARTA ORGANISASI :

Kolej Pengurusan Kolej Jasmine mempunyai 3 sub-unit dengan kekuatan 36 anggota yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar. Sub-unit ini bertindak bagi melancarkan proses dan aktiviti-aktiviti di kawasan kolej. berikut ialah carta organisasi untuk setiap sub-unit di bawah Pengurusan Kolej Jasmine UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Perdana.

Unit Pengurusan Kolej (UPK) adalah unit yang bertanggungjawab menjaga masaalah warga kolej berkaitan perkhidmatan di sebelah siang dari jam 8 pagi sehingga 5 petang (waktu pejabat).

 

 

STAF RESIDENT KOLEJ ( SRK )

Staf Residen Kolej (SRK) adalah staf yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab kolej diluar tugas hakiki mereka. SRK bertindak sebagai pegawai HEP untuk menjaga sahsiah rupa diri, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang menghuni kolej kediaman.

 

JAWATANKUASA KOLEJ KEDIAMAN JASMINE ( JPK )

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej (JPK) ialah pelajar-pelajar yang telah dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk menjadi wakil perhubungan di antara pengurusan kolej dan pelajar. JPK juga bertanggungjawab merancang aktivit-aktiviti untuk mengimarahkan kawasan kolej.

 

 GALERI KOLEJ JASMINE

CAPAI KAMI :

Telefon: 03-7962 2357

Instagram: https://www.instagram.com/jpkpp/

Twitter: https://twitter.com/jpkjasmine?lang=en

Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Rujukan

Kolej kediaman universiti Shah Alam. (2011). Manual Pengurusan Perkhidmatan Kolej Kediaman Pelajar Universiti Teknologi MARA Edisi Pertama. Percetakan UiTM.

 

 

Subcategories

6 Mei 2019

Tuan Pengetua Kolej Jasmine, En Syaquif Yasin Kamaruddin telah melakukan satu lawatan ke sekitar kawasan Kolej Kediaman Jasmine dengan diringi oleh bebera orang Squad COMBIKPP. Lawatan ini bertujuan bagi mengenalpasti tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.