Navi: Home

Selamat Datang ke Kampus Puncak Perdana

Email Print PDF

Salam Maal Hijrah 1433 H

 

Email Print PDF

ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR TAHUN 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR TAHUN 2011

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan/Kelab Pelajar Tahun 2011 bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada persatuan/kelab pelajar, individu dan pihak-pihak yang terlibat dengan cemerlang dalam aktiviti pelajar dan juga sebagai satu dorongan kepada persaingan yang sihat antara persatuan/kelab pelajar agar bergerak aktif demi mencapai kecemerlangan.

Pertandingan ini dibuka kepada semua persatuan/kelab pelajar, individu atau staf yang terlibat dalam aktiviti pelajar bagi seluruh sistem UiTM. Butiran anugerah-anugerah yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

A. Anugerah Program Terbaik

§ Kategori Akademik/Ilmiah

§ Kategori Khidmat Masyarakat/Sosial

§ Kategori Kreatif/Inovasi

§ Kategori Kebudayaan dan warisan

§ Kategori Sukan/Rekreasi

§ Kategori Kerohanian

§ Kategori Keusahawanan

 

B. Anugerah Individu

§ Anugerah Kepimpinan Cemerlang Siswa

§ Anugerah Kepimpinan Cemerlang Siswi

§ Anugerah Kepimpinan Harapan Siswa

§ Anugerah Kepimpinan Harapan Siswi

 

C. Anugerah Khas

§ Anugerah Penasihat Persatuan Terbaik

§ Anugerah Penasihat Program Terbaik

§ Anugerah Pegawai Pembangunan Pelajar Terbaik

§ Anugerah Persatuan/Kelab Pelajar Terbaik

§ Anugerah Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF)/Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Terbaik

 

Borang pencalonan boleh dimuat turun dari laman web HEP (http://hep1.uitm.edu.my) atau dapatkan di kaunter pelanggan di Pejabat Pusat Kegiatan Pelajar. Borang pencalonan yang lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 4 Januari 2012 di Pejabat Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Shah Alam. Sebarang keterangan lanjut sila hubungi Pn. Nazzreen Mohd Sahar, Penolong Pendaftar (03-5544 3499) dan Puan Hamizah Abdul Aziz , Pegawai Eksekutif (03-5544 3539).

Quick Access