HOME: Home
Vinaora Nivo Slider

puncakperdana.uitm.edu.my

E-mail Print PDF

Iklan Jawatan Dalaman (Penolong Pegawai Perubatan U29)

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA

 

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana secara kontra

BIL.

JAWATAN

GRED

SKIM PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI

MINIMUM

MAKSIMUM

1.

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

U29

Penolong Pegawai Perubatan

P1

RM1311.58

-

RM3599.85


SYARAT PELANTIKAN

Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)     Warganegara Malaysia;

(b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c)      Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada RM1687.59);

dan

(d)     Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a)     Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

(b)     Hanya permohonan yang disenarai-tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(c)     Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Kampus Puncak Alam di http://puncakperdana.uitm.edu.my/ atau boleh mengambil sendiri di Pejabat Penolong Naib Canselor, UiTM Kampus Puncak Alam. Sila kemukakan permohonan kepada:-

 

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN

(KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA)

UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM

42300 BANDAR PUNCAK ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

No. Telefon:        03-32584012, 32584021, 32584003

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Rabu, 31 Oktober 2012.

Muat turun Borang Permohonan disini

E-mail Print PDF

Ujibakat Pementasan

E-mail Print PDF

Pengumpulan Dokumen Perjanjian JPA Pelajar Ijazah

Kepada :         Nama-nama seperti di lampiran sahaja

MAKLUMAT PENTING:

Pelajar-pelajar yang terlibat diminta untuk melengkapkan dokumen-dokumen perjajnian JPA seperti berikut:

1) 1 Salinan Surat Tawaran Biasiswa

2) 3 Salinan Perjanjian Biasiswa Persekutuan

3) Borang Maklumat Penjamin

4) Borang Maklumat Kewangan Penjamin

5) 1 salinan Kad Pengenalan Penjamin

6) 2 salinan Surat Penerimaan/Penolakan Biasiswa (Lampiran B)

 

Bagi dokumen bernombor 3, 4 dan 5, pelajar perlu membuka semula sistem JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mencetak dokumen berikut. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini boleh berhubung terus dengan pihak JPA iaitu Puan Nor Suzianti Binti Zainal di talian 03-8885 3393. Dokumen perjanjian yang telah lengkap MESTI dihantar ke:

 

Unit Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tingkat 1, Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia

UiTM Puncak Alam

(U/P: Encik Minizuan Montah – 0332584161)

 

Tarikh akhir penghantaran ke pihak HEP ialah pada 8 Oktober 2012 (Isnin).

Sebarang kelewatan dari tarikh itu adalah TIDAK DIBENARKAN oleh pihak JPA.

 

E-mail Print PDF

Makluman : Dermasiswa Yayasan Budiman UiTM (Khas)

DERMASISWA YAYASAN BUDIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(KHAS)

(Dermasiswa yang dihadiahkan kepada siswa/siswi UiTM ini bertujuan untuk menampung sebahagian dari kos pendidikan termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup)

Kepada :           Semua Pelajar Ijazah Semester 1

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

1.  Pemohon mestilah warganegara Malaysia

2.  Pemohon telah mendaftar sebagai siswa/siswi UiTM

3.  Berada di semester 1 tahun pengajian 2012 dan memperolehi CGPA3.50 keatas didalam

Peperiksaan akhir Diploma.

4.  Pendapatan keluarga (isi rumah) kurang dari RM1500.00 sebulan.

5.  TIDAK MENERIMA APA-APA BANTUAN KEWANGAN/PINJAMAN LAIN.

 

MAKLUMAT AM:

  1. Terbuka kepada semua pelajar Ijazah yang memenuhi syarat
  2. Jumlah Dermasiswa RM 500.00 per semester (mengikut tempoh pengajian)
  3. Borang permohonan boleh didapati di:

 

Unit Pentadbiran, Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tingkat 1, Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia

UiTM Puncak Alam

@

Muaturun diSINI

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Oktober 2012

E-mail Print PDF

Makluman Pelantikan Koordinator MASMED UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ybhg Dato' / Datin / Prof / Tuan / Puan

MAKLUMAN MENGENAI PELANTIKAN KOORDINATOR MASMED UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA

Dengan segala hormatnya pihak kami ingin menarik perhatian Ybhg. Dato' / Datin / Prof / Tuan / Puan mengenai perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana telah melantik Koordinator MASMED UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana : -

Nama            :    Tuan Badrol  Hisham Bin Tuan Besar
Jawatan        :    Pensyarah
Jabatan        :    Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Kampus Puncak Alam
Pelantikan    :     Mulai 15 Ogos 2012 hingga 30 April 2014
Telefon        :    03 - 3258  5036
e-mail           :     This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it



Sekian,dimaklumkan.

Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas
b/p Penolong Naib canselor
UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana

********************************************************************
NORHASLIZAWATI OTHMAN
KERANI ( PENTADBIRAN & RUANG NIAGA )
PEJABAT PENOLONG NAIB CANSELOR
UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM   
TEL : 03 - 3258 4021 / 4116   FAKS : 03 - 32584019
****************************************************

Last Updated on Tuesday, 04 September 2012 12:42

Page 14 of 14