HOME: Departments College Department
Vinaora Nivo SliderVinaora Nivo Slider

Kolej

E-mail Print PDF

Kolej Puncak Perdana

Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004 . Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah Kampus Satelit UiTM Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat & Fakulti Filem Teater & Animasi.

Pengurusan kolej ini telah diletakkan dibawah pentadbiran HEP Kampus UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana yang di ketuai oleh seorang Rektor Kampus dan seorang Timbalan Rektor HEP.

Kolej ini mampu menampung seramai 3280 pelajar iaitu seramai 2440 pelajar siswi yang ditempatkan di blok  2, 3, 4 dan 5 ( Halaman A, B, C ) manakala seramai 840 pelajar siswa ditempatkan di blok 1 dan halaman D Blok 5.

PETA LOKASI

Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam. Ia merupakan kawasan kedamaian penempatan baru bagi Shah Alam dimana dikelilingi taman perumahan, bukit-bukau, tasik-tasik dan hutan-hutan dan belukar yang sungguh indah. Antara taman perumahan baru yang mengelilinginya ialah Cahaya SPK, Alam Budiman, Sandaran Permai, Nusa Ru, Puncak Perdana Heights, Alam Suria dan Kayangan Heights. Ia juga berjiran dengan Apartment Resak.

PENGURUSAN

Pengurusan Kolej Kediaman Puncak Perdana diterajui oleh seorang Pengetua dan dianggotai oleh seorang Pengurus Asrama Kanan, , 2 orang Penolong Pengurus Asrama, 1 orang Penyelia Asrama Kanan, 2 orang Penyelia Asrama dan 7 orang Pembantu Am Pejabat.


VISI

Menjadi sebuah kolej yang unggul dan dikenali dari segi penyediaan penempatan yang kondusif dan perkhidmatan yang berkualiti selari dengan hasrat UiTM ke arah University bertaraf dunia

MISI

Membentuk siswa/siswi menjadi insan yang mempunyai jati diri, berakhlak, berketrampilan, berinovasi, berdedikasi, berfikiran terbuka dan berdaya saing untuk berdikari pada masa hadapan

OBJEKTIF

· Menyediakan penempatan, kemudahan dan persekitaran yang selesa lagi mesra alam

· Membimbing serta melatih pelajar menjadi pemimpin yang berkaliber, jujur, peka, bertanggungjawab dan berani.

· Memastikan program Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar tepat kepada pelanggan. Penglibatan ini secara tidak langsung dapat mempersiapkan diri pelajar sebagai graduan yang berpotensi.

· Memastikan masalah pelanggan diberi perhatian dan perlu ditangani dengan penuh tanggungjawab dan tindakan yang diambil perlu bersistematik.

PERKHIDMATAN

Bagi mencapai misi, visi dan objektif kualitinya, pihak Pengurusan Kolej Kediaman Jasmine menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut:

· Pengurusan pelajar yang merangkumi  pendaftaran dan agihan penempatan pelajar dan rayuan penempatan kolej

· Pengendalian bayaran yuran-yuran

· Pendaftaran,  penguatkuasaan dan pemantauan penggunaan barangan elektrik

· Pengecualian bayaran kolej

· Insentif makan

· Penempatan pelajar kurang upaya (OKU)

· Pengurusan tatatertib kolej termasuk pengendalian saman, pengendalian kompaun dan perbicaraan tatatertib

· Pengurusan kenderaan pelajar (yang layak sahaja)

· Pengurusan segala kemudahan kolej

KEMUDAHAN

Kolej Kediaman Jasmine menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyediakan sebuah penempatan yang selesa dan selamat kepada semua penghuninya. Antara kemudahan tersebut ialah:

· kemudahan peralatan sukan

· kemudahan peralatan kebudayaan

· bilik bacaan

· bilik komputer

· bilik mesyuarat

· bilik karaoke

· dewan seminar

· bilik mini gimnasium

· dewan serbaguna

· kafetaria

· bilik rekreasi

· mesin dobi berbayar

· bilik tv

· kedai fotostat

· mini market

· surau

· wakaf

· tandas awam

· gelanggang sukan

· mesin vending

· Mesin penapis air COWAY ( sejuk & panas )

· telefon awam


Pn Noorjumaatun Bt.Shaari